Terma & Syarat
Dikemas kini: 21 September 2026
1. Tentang terma ini
Terma & Syarat ini mengawal penggunaan aplikasi MyTalaqqi dan perkhidmatannya. Dengan membuka akaun atau menggunakan aplikasi ini, anda bersetuju dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan aplikasi ini.
2. Akaun anda
Anda mesti memberikan maklumat yang tepat semasa mendaftar dan menjaga keselamatan butiran log masuk anda. Satu akaun adalah untuk satu pelajar dan anda bertanggungjawab atas aktiviti pada akaun tersebut. Sila jangan kongsi butiran log masuk anda dengan orang lain, kerana setiap pelajar memerlukan akaun dan langganannya sendiri. Kami boleh menggantung akaun yang dikongsi.
3. Langganan & pembayaran
Kelas live terbuka kepada semua akaun percuma. Pakej berbayar dan tambahan dicaj dalam Ringgit Malaysia pada harga yang dipaparkan sebelum anda mengesahkan pesanan. Pesanan yang belum dibayar kekal terbuka selama 24 jam dan kemudian luput secara automatik. Akses kepada kandungan berbayar bermula setelah pembayaran disahkan.
4. Bayaran balik & pembatalan
Jika kelas berbayar tidak dapat disampaikan (contohnya sesi dibatalkan tanpa diganti atau dijadualkan semula), hubungi pasukan sokongan kami melalui skrin Bantuan. Permohonan bayaran balik disemak kes demi kes selaras dengan undang-undang perlindungan pengguna Malaysia.
5. Kelas live, rakaman & nota
Kelas live dirakam secara automatik supaya anda boleh menonton semula (replay), dan rakaman serta nota kelas dikongsi dengan pelajar lain di MyTalaqqi, untuk pembelajaran mereka. Suara peserta, dan wajah jika kamera dihidupkan, mungkin terakam; secara lalai pelajar menyertai kelas dengan kamera dimatikan, jadi anda sentiasa memegang kawalan. Untuk terus menambah baik dan memperkenalkan MyTalaqqi kepada lebih ramai pelajar, anda memberi kami kebenaran menggunakan kandungan yang dihasilkan dalam aplikasi, termasuk rakaman kelas, klip pendek, gambar dan bahan yang dikongsi, bagi mengendalikan serta mempromosikan perkhidmatan kami, contohnya di laman web dan media sosial kami. Kami memaparkannya dengan penuh hormat dan profesional, tidak pernah menjualnya kepada pihak ketiga, dan anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa melalui skrin Bantuan jika ada sebarang kebimbangan. Anda pula tidak boleh download, merakam sendiri, mengedar atau menerbitkan semula kelas, replay atau nota di luar aplikasi, dan link kelas adalah peribadi kepada akaun anda.
6. Adab dalam kelas
Kelas kami melibatkan Ustaz atau Ustazah sebenar dan pelajar lain. Hormati semua pihak dalam kelas dan dalam sebarang interaksi dengan pasukan kami. Kami boleh mengeluarkan peserta yang mengganggu sesi dan, bagi salah laku berulang, menggantung akaun.
7. Harta intelek
Semua kandungan dalam aplikasi (pelajaran, nota, rakaman, jenama dan reka bentuk) adalah milik MyTalaqqi atau pemberi lesennya. Anda tidak boleh menyalin, menjual semula atau menerbitkannya semula tanpa kebenaran bertulis.
8. Ketersediaan perkhidmatan & liabiliti
Kami berusaha memastikan kelas berjalan seperti dijadualkan, tetapi jadual, tutor dan ciri boleh berubah. Perkhidmatan disediakan "seadanya"; setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung. Tiada apa-apa dalam terma ini menghapuskan hak anda di bawah undang-undang Malaysia.
9. Perubahan & penutupan akaun
Kami mungkin mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa; perubahan penting akan diumumkan dalam aplikasi sebelum berkuat kuasa. Anda boleh berhenti menggunakan perkhidmatan pada bila-bila masa dan memadam akaun anda dari Tetapan. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.
10. Undang-undang yang terpakai
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Soalan tentang data anda atau terma ini? Hubungi pasukan sokongan kami dari skrin Bantuan.
Terms & Conditions (English)
Last updated: 21 September 2026
1. About these terms
These Terms & Conditions govern your use of the MyTalaqqi app and its services. By creating an account or using the app, you agree to these terms. If you do not agree, please do not use the app.
2. Your account
You must provide accurate information when registering and keep your login details safe. One account is for one learner, and you are responsible for activity on that account. Please do not share your login with anyone else, as each learner needs their own account and subscription. We may suspend an account that is shared.
3. Subscriptions & payment
Paid plans and add-ons are charged in Ringgit Malaysia at the prices shown before you confirm an order. An unpaid order stays open for 24 hours and then expires automatically. Access to paid content begins once payment is confirmed.
4. Refunds & cancellations
If a paid class could not be delivered (for example a cancelled session that was never rescheduled or replaced), contact our support team through the Help screen. Refund requests are reviewed case by case in line with Malaysian consumer protection law.
5. Live classes, replays & notes
Live classes are recorded automatically so you can rewatch them, and the replay and class notes are shared with other learners on MyTalaqqi, for their learning. Participants' voices, and their faces if their camera is on, may be captured; by default students join with their camera off, so you stay in control. To keep improving MyTalaqqi and to introduce it to more learners, you give us permission to use content created in the app, including class recordings, short clips, photos and shared materials, to run and to promote our service, for example on our website and social media. We present it respectfully and professionally, we never sell it to third parties, and you can reach us anytime from the Help screen if you ever have a concern. You may not download, re-record, redistribute or republish classes, replays or notes outside the app, and class links are personal to your account.
6. Classroom conduct
Our classes involve real teachers and other learners. Be respectful in class and in any interaction with our team. We may remove a participant who disrupts a session and, for repeated misconduct, suspend the account.
7. Intellectual property
All content in the app (lessons, notes, recordings, branding and design) belongs to MyTalaqqi or its licensors. You may not copy, resell or republish it without written permission.
8. Service availability & liability
We work hard to keep classes running as scheduled, but timetables, tutors and features may change. The service is provided "as is"; to the extent permitted by law we are not liable for indirect losses. Nothing in these terms removes your rights under Malaysian law.
9. Changes & ending your account
We may update these terms from time to time; significant changes will be announced in the app before they take effect. You can stop using the service at any time and delete your account from Settings. We may suspend accounts that breach these terms.
10. Governing law
These terms are governed by the laws of Malaysia.
Questions about your data or these terms? Contact our support team from the Help screen.
